Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz)

Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz) - Hi friends, I hope you are all in good health nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz), We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article life, Article movie review, Article penawar hati, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz)
link : Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz)

Read also


Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz)

Official Movie Poster. Released in 1976
Kalau tiba Raya Korban ni, tak banyak memori yang boleh aku ingat balik la. Mungkin ada satu atau dua peristiwa contohnya masa aku masih muda remaja dulu ikut aktiviti penyembelihan kambing dan lembu untuk dikorbankan di masjid. Tapi di antara memori yang masih melekat di fikiran aku masa tima raya korban ini ialah semasa aku 1st time tengok movie "The Message : The Story of Islam" arahan Moustapha Akkad yang ditayangkan di RTM 1 masa aku masih kecik dulu (kira2 awal dekad 90'an kot). Ramai yang tak tahu bahawa pengarahnya Moustapha Akkad merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan filem bersiri Halloween pada dekad 70'an dahulu. Menurut sumber dari Wikipedia, filem ini juga di-finance secara kerjasama di antara beliau dengan bekas diktator Lybia iaitu Muammar Ghadafi.

Filem ini berkisar tentang kisah hidup nabi junjungan umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan oleh Allah sebagai rasul yang terakhir serta rentetan peristiwa penting dalam penyebaran agama Islam di Mekah serta Madinah pada ketika itu. Di antara peristiwa penting yang dimaksudkan ialah penghijarahan umat Islam ke Madinah (pada asalnya digelar Yathrib), Perang Badar, Perang Uhud serta penawanan kota Mekah oleh Rasulullah SAW.

Gaya penceritaan filem ini sungguh menarik kerana jika diperhatikan, tiada satupun scene dalam movie ini menunjukkan sifat serta rupa Rasulullah mahupun suara baginda, ini adalah kerana bagi menjaga sensitiviti masyarakat Islam sedunia kerana seperti yang kebanyakan umatnya mengetahui bahawa membuat sesuatu yang menyerupai baginda adalah salah dan haram sama sekali. 

In accordance with Muslim beliefs regarding depictions of Muhammad, he was not depicted on-screen nor was his voice heard. At the beginning of the film, a statement is displayed, "The makers of this film honour the Islamic tradition which holds that the impersonation of the Prophet offends against the spirituality of his message. Therefore, the person of Mohammad will not be shown." Wikipedia

Ianya lebih kepada penceritaan dari point-of-view beberapa sahabat Rasulullah seperti Saidina Hamzah (Singa Allah dan merupakan pakcik Rasulullah), Abu Sufian serta isterinya dan Bilal Bin Rabah. Apa yang membuatkan filem ini menjadi sungguh beremosi ialah pada bahagian terakhirnya di mana Khutbah Terakhir Rasulullah dibaca oleh Narrator dan kamera difokuskan kepada para jemaah haji yang datang ke Rumah Allah iaitu Masjidil Haram. Seriously manly tears. Filem ini juga sesuai untuk tatapan penonton yang bukan Islam bagi menerangkan asal usul Islam yang sebenar, tanpa ada sifat bias ataupun yang menyimpang.

Terbaru Lebih lama