Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising - Hi friends, I hope you are all in good health nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post
Article extreme music,
Article hobbies,
Article infotainment,
Article music review,
Article punk culture, what we write you can understand. ok, happy reading.
Title : Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
link : Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
Apakah itu Punk Rock? Adakah ianya gaya hidup ataupun sekadar muzik? Sejauh mana anda mengetahui tentang sub-budaya ini? Dan soalan paling penting untuk ditanya ialah...agak2nya bila Punk Rock ni mula menular di negara kita yang bertuah lagi berdaulat ni? Persoalan ini semua dengan mudahnya dirungkai secara ringkas tetapi padat dalam sebuah buku yang bertajuk PUNK ROCK : Disebalik Fesyen & Muzik Bising terbitan bersama di antara Deleted Book Press, Koleksi Kaki Ketik (Zines and Literature) dan Papakerma.
That's the article: Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
You are now reading the article Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising with link address https://nishingnishanga.blogspot.com/2012/07/book-review-punk-rock-disebalik-fesyen.html
Title : Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
link : Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
![]() |
Buku Punk Rock : Di Sebalik Fesyen & Muzik Bising |
Buku ini sebenarnya memfokuskan tentang interpretasi Punk Rock itu sendiri melalui kacamata serta fahaman beberapa penulis zine/pemuzik punk yang sudah sekian lama (ada yang sudah hampir 20 tahun bergiat dalam penulisan zine punk & hardcore) berada di bawah radar media perdana, pendek kata mereka semua ni merupakan golongan Marhaen berpaksikan budaya Punk Rock! Antara mereka2 yang aku maksudkan ialah:
- Fazri : Editor zine DRSA serta pemain bass untuk kugiran punk seperti Karut, Kasih Sayang dan Inikah Hidup.
- Mat Yie : Cikgu Bahasa Inggeris serta penulis zine seperti Semenanjung Register, The Coalition serta menjadi gitaris/frontman kepada kugiran2 seperti Dakootyroaches, Kuswadinata dan Hulk Ogan.
- Hafeez : Peguam sepenuh masa serta antara individu terawal dalam scene Punk/Hardcore di Malaysia yang mengangkat scene ini serta bergerak aktif mengeluarkan zine seperti Abstained Agogo dan newsletter Cintakan Aman. Beliau juga merupakan vokalis/pemain bass untuk kugiran Ancaman.
- Wolf : frontman untuk band punk rock kegemaran aku suatu ketika dahulu iaitu Spunky Funggy.
- Nan : Pereka Grafik/Pelukis Komik sepenuh masa dan juga selaku pemain bass untuk kugiran LoRSA, beliau juga merupakan editor untuk zine Think Smart Act Blur.
- Zaki : pengusaha record label Dogma Artistic Guerilla dan juga editor zine seperti A Dream?, Diriku Untuk Dijual dan Ember.
- Shabri : Cikgu di sekolah khas di Terengganu dan juga merupakan frontman untuk kugiran Kasih Sayang.
- Din : Operator Kren sepenuh di Tanjung Pelepas, Johor dan juga merupakan editor zine Jalan.Jatuh.Lari serta penulis blog Redup Pemikiran.
- Dhani : pekerja IT sektor awam. Pernah menerbitkan buku hasil tulisan pendukung DIY punk rock berjudul Goblog serta bergerak aktif dalam Network of Solidarity Collective.
- Nizang : Editor bersama untuk buku ini (disamping Dhani), editor zine Mash dan pengasas Nervhous Records and Distribution. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta di KL.
Apa yang menyeronokkan ketika membaca buku ini ialah, gaya penulisan yang agak santai, bersahaja, sedikit lawak sana sini, akan tetapi disusuli beberapa kata2 hikmat yang mengajak kita berfikir tentang tujuan sebenar Punk Rock itu wujud ditengah2 gelombang budaya masyarakat kita. Ianya juga berbentuk informatif disamping membawa kita mengenali apa itu budaya Punk dari perspektif yang berbeza, tidak hanya bergantung kepada maklumat2 yang dihidangkan melalui media arus perdana yang rata2 bertindak untuk condemn serta menjahanamkan pemikiran2 anak muda yang agresif ini.
Buku Punk Rock disertakan dengan brochure "Apa Anda Perlu Tahu Tentang ISA?" sebagai bookmark aku haha...ini betul2 rebel! |
Apa2pun aku berharap kalian memiliki buku ini kerana ianya benar2 mengetengahkan definasi sebenar Punk Rock di dalam negara kita secara khususnya. Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, silalah ke http://deletedbooks.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.
Carburetor Dung performing "Boo Hoo Clapping Song", antara band yang terawal muncul dalam scene muzik Punk Rock di negara kita.
That's the article: Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.
You are now reading the article Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising with link address https://nishingnishanga.blogspot.com/2012/07/book-review-punk-rock-disebalik-fesyen.html
Catat Ulasan