Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang!

Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang! - Hi friends, I hope you are all in good health nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang!, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article infotainment, Article life, Article my youtube, Article travelog, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang!
link : Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang!

Read also


Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang!

Satu lagi entri yang dah berkurun lama dalam simpanan (draft) dan baru nak keluar tahun ni. Aku serta keluarga pergi ke Taman Buaya Miri ni kalau tak silap aku pada bulan Mac tahun lepas. Taman Buaya Miri ini terletak di Jalan Baram lama (menuju ke Feri Kuala Baram lama yang sudah menjadi kawasan terpinggir serta kurang daya tarikan). 

 Buaya-buaya sedang rehat tepi kolam 

 Kucing hutan yang sedang tidur

 Aku Lapar, Ya Allah!

 Sedang menunggu giliran untuk diberi makan

 Ular yang sedang menukar kulit...cool!

 Tiket yang berbentuk gelang kertas

 Winnie The Pooh?

Steve Irwin pakai cermin mata?

Me and my dearest Ainul Maisarah (sebelah aku tu tengkorak buaya)

Taman Buaya Miri ini mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Miri. Ianya sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu serta pada musim perayaan dan ianya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Selain menjadi taman buaya pertama dan terbesar di wilayah utara sarawak, ianya juga menempatkan pelbagai jenis spesis haiwan yang terlindung seperti ular sawa, pelbagai spesis burung, kuda dan sebagainya

Taman Buaya Miri ini mula beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini ialah mereka yang datang dari sekitar Sarawak, Sabah, Peninsular Malaysia dan tidak ketinggalan Brunei Darussalam. Yang menariknya di sini, ianya juga menyediakan makanan yang berasaskan daging buaya (mungkin ada lesen kot). Siap ada sup Bak Kut Teh Buaya tu.

Seperti yang ada di Aquaria KLCC, di sini juga anda boleh menyaksikan bagaimana pekerja2 di Taman Buaya Ini memberi makanan (berupa ayam togel) kepada para2 buaya yang lapar ke dalam kolam mereka. Ha...aksi ini adalah tarikan sebenar jika anda berada di sini. Well, bagi orang dewasa tak la best sangat kot, budak2 lah yang terlebih excited.

Alamat penuh untuk Taman Buaya Ini ialah:
Lot 164, 24km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Telefon: 085-650588 (Untuk Sebarang Pertanyaan, Boleh Hubungi Talian Ini)

Peta ke Taman Buaya Miri (dari bandar Miri)

Terbaru Lebih lama