Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1)

Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1) - Hi friends, I hope you are all in good health nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1), We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article infotainment, Article isu semasa, Article life, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1)
link : Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1)

Read also


Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1)



3 keping gambar di atas menunjukkan The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum Miri (sumber dari sini)

Ini satu lagi entri blog yang aku terlepas pandang dan sudah berada agak lama dalam draft. Haiya! memang sibuk la jadi blogger ni (alasan tak masuk akal!). Aku serta keluarga pergi ke Muzium Petroleum Miri ini kira2 dalam pertengahan bulan Mac tahun lepas, hari yang sama kami pergi ke Taman Buaya Miri (sila rujuk entri yang sebelumnya).

Muzium Petroleum Miri dan The Grand Old Lady ini terletak di atas Bukit Kanada ianya berada di tengah bandaraya Miri. Suatu ketika dahulu, terutama sekali pada dekad 70'an dan 80'an, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang rata2nya didiami oleh golongan pendatang dan penduduk tempatan. Kini ianya telah berubah wajah. Tempat ini telah dinaiktaraf sebagai satu tinggalan dan warisan berharga untuk negara.

The Grand Old Lady ini boleh dikatakan sebagai telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kenapa ianya digelar The Grand Old Lady? Itu aku tak pasti tapi mungkin disebabkan ianya merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini, maka ianya layak digelar "Grand" dan menjadi induk kepada kesemua telaga minyak di Malaysia khususnya. Apa yang ada lihat di gambar ini hanyalah replika sahaja. The Grand Old Lady yang asal telah dibakar oleh orang tempatan pada sekitar dekad 70'an dahulu, dengar cerita dari orang2 tua ianya angker dan banyak perbuatan syirik yang dibuat di sana. Wallhualam. Aku pun tak berapa pasti. Di bawah merupakan keterangan lebih lanjut tentang The Grand Old Lady:

The 'Grand Old Lady' of Miri had had a remarkable record over her 62 years of life. She had operated almost non-stop from that day in December 1910, when she had first brought into production, until she was closed in 1941 due to war action. In that time, she had produced 563,484 barrels and was still producing 10 barrles per day. In three and a half years of occupation, Well No.1 wored for only 12 months during which she produced 4,371 barrels. At close, she was still managing to produce 3 barrels of oil a day and when finally stopped, had produced over 650,000 barrels of oil.
In the last months of operation, one of the wells still creaking slowly up and down was that same well that began the saga of Miri Well Number One. On Monday, October 1st, 1973, in a simple ceremony on top of Canada Hill, Miri, Sarawak Shell Berhad handed Malaysia's first oil well over to the State Government, to be henceforth an official monument. This became the historic Well Number One. It had then been in existence for 63 years.
 Beberapa aktiviti menarik di muzium ini. My dear Ainul tengah sibuk bermain dengan permainan bongkah.

 Ainul berdiri dan menyandar di tepi lukisan mural/kartun yang menarik

 My wife dan Ainul bergambar di hadapan pintu masuk Muzium Petroleum Miri

 My wife dan Ainul berada di bawah The Grand Old Lady

The Grand Old Lady : boleh tahan tinggi jugak replika ini ya...

P/S: Pada entri akan datang, aku akan cerita pasal pameran Petrosains Dinotrek 2 di Muzium Petroleum ini nanti, insyaAllah.


That's the article: Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1)
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Muzium Petroleum Miri & The Grand Old lady (Oil Well No. 1) with link address https://nishingnishanga.blogspot.com/2013/01/muzium-petroleum-miri-grand-old-lady.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama