Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012)

Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012) - Hi friends, I hope you are all in good health nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012) , We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article infotainment, Article isu semasa, Article movie review, Article reggae / ska / rocksteady / dancehall, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012)
link : Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012)

Read also


Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012)

Official Movie Poster
Bob Marley, seorang ikon yang semestinya sinonim dengan genre muzik spiritual yang digelar Reggae. Well, mostly related to Rastafari, sebuah pergerakan keagamaan yang menyatakan bahawa  Haile Selassie I, maharaja Ethiopia yang memerintah circa 1930 hingga 1974, sebagai jelmaan semula Jesus Christ dalam bentuk seorang kulit hitam. Kalau dalam Islam, pergerakan ini sudah dikategorikan sebagai ajaran sesat dah. Oh well, we are here for the music, right? Konfrontasi pertama kali mendengar muzik beliau ialah semasa aku masih berusia 12 tahun, kalau tak silap pada 1993. Pak Usu aku (adik bongsu kepada ayah aku) merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan muzik Bob Marley kepada aku, itu pun sebab dia asyik suruh aku dengarkan kaset The Best Of Bob Marley & The Wailers : Legend and believe it or not, I still have and listen to that cassette up until these days of modern age. 

Ok berbalik kepada review dokumentari Marley tadi. Filem dokumentari berbentuk biografi ini membawa kita, para penonton sekalian, menyelami kehidupan sebenar yang pernah dijalani oleh ikon Reggae ini. Bermula dari tempat kelahiran beliau di perkampungan yang bernama Nine Mile terletak di Saint Ann Parish, Jamaica sehinggalah beliau mengecapi kejayaan dalam persada dunia muzik antarabangsa. Nine Mile ini merupakan sebuah kampung setinggan yang rata2 penduduknya hidup di dalam keadaan kemiskinan yang teramat daif (serupa macam Bintulu ker?haha). Kemudian beliau serta ibunya Cedella Booker Marley berpindah ke Kingston, bandar utama Jamaica semasa beliau berumur 12 tahun in search for a better life. Bermulanya di tempat inilah Bob Marley serta adik tirinya Neville "Bunny" Livingston dan seorang sahabat mereka Peter Tosh (who also became a legend in Reggae music alongside Bob) menubuhkan "The Wailers" sebuah band yang asalnya memainkan muzik Ska dan Rocksteady. Selepas itu, it's history!

Starting point (yang aku terangkan di perenggan no. 2 di atas) dalam menceritakan tentang Bob Marley & The Wailers merupakan daya penarik kepada aku untuk terus menonton filem ini sehingga habis. Secara jujurnya ia membuat aku teruja dan ingin memahami perjuangan sebenar Bob Marley semasa hayatnya - One Love. Pengarah dokumentari ini iaitu Kevin Macdonald (pernah menghasilkan filem2 seperti The Last King Of Scotland, State of Play dan Touching The Void) memang teliti dalam hasil kerja beliau. Mana tidaknya, aku rasa cara dia nak deliver movie ini kepada umum tentang kisah hidup Bob Marley adalah 90% accurate with full details. Jika anda seorang peminat kental genre muzik Reggae, adalah tidak sah jika anda tidak menonton filem dokumentari ini. Bagi aku, ketepikan sejenak tentang pegangan agama beliau iaitu Rastafari itu, jika kita pandang dari aspek muzikaliti, Bob Marley semestinya pencetus kepada evolusi muzik moden di Jamaica dan juga seluruh dunia. 

Beberapa fakta menarik yang aku dapat tahu melalui filem ini:
  1. Ayah Bob Marley merupakan seorang peladang kulit putih yang berkerja untuk kerajaan Jamaica pada masa itu (late 1940's) dan namanya ialah Captain Noval Sinclair Marley.
  2. Pada awal karier beliau, record label ingin membuat pengubahsuaian pada namanya iaitu dari Bob ke Adam Marley akan tetapi Bob enggan menerima pendapat mereka.
  3. The Wailers pada awal penubuhan mereka sering membuat persembahan di kawasan perkuburan bagi menghalau roh jahat yang sering memberi nasib malang iaitu Duppy Dem, sekaligus untuk buang stage-fright jika berhadapan dengan penonton.
  4. Bob Marley mempunyai 11 orang anak daripada 7 hubungan yang berbeza! Perghh Wadapak! Anak luar nikah tu...
  5. Semasa mengadakan One Love Peace Concert, Bob Marley telah menyatukan serta meleraikan perbalahan di antara dua parti politik (iaitu People's National Party dan Jamaican Labour Party) apabila beliau berjaya membawa dua pemimpin dari parti tersebut untuk naik ke pentas dan berjabat tangan. Sebelum ni diorang sering bertelagah dan berbunuhan semasa sendiri.
The Legend Himself, Bob Marley. Pic diambil dari official website movie ini
Official Movie Trailer of Marley


That's the article: Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012)
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012) with link address https://nishingnishanga.blogspot.com/2012/10/documentary-review-marley-released-on.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama