BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu - Hi friends, I hope you are all in good health
nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post
Article extreme music,
Article heavy metal,
Article hobbies,
Article life,
Article my youtube, what we write you can understand. ok, happy reading.
Title :
BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintululink :
BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu
Read also
BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu
BUSSEG, ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2005 oleh dua beradik iaitu
Nizam (vokalis) dan
Din (Drummer/Backing Vocals) dan disusuli dengan penambahan ahli lain seperti
Lai (Guitar),
Adi Herman (Guitar/Backing Vocals) dan
Lester (Bass). Manakala sahabat kami, saudara
Amud pula bertindak sebagai "manager", drummer simpanan, vokalis tambahan serta krew yang rajin lagi baik hati hehe. Band ini mula bergerak aktif setelah semua ahli2 nya menghadiri gig Borneo Extreme Music (anjuran
Menjrex Nerto) di mana headline bandnya ialah
Sil Khannaz dan
Vormit. Busseg mulai aktif pada tahun 2005 hingga 2010 dan banyak mengikuti beberapa siri gig sekitar tahun tersebut.
Pengaruh besar pada band
BUSSEG ialah muzik yang bergenrekan old school death/black metal (
Sil Khannaz,
Seasonal Abyss,
Bazzah,
As Sahar,
Silent Death,
Langsuyr,
Necrotic Chaos,
Vociferation Eternity) serta grindcore (
Napalm Death,
Brutal Truth,
Carcass,
Nasum,
Cardiac Necropsy,
Insect Warfare,
Damage Digital). Walaupun kedua2 elemen tersebut tergolong dalam kategori yang berbeza namun kami memainkan genre2 tersebut dengan cara kami, in a nutshell, a great marriage between those 2 chaotic and blasting sounds. Di antara gigs/battle of the bands/event yang kami sertai dahulu ialah (yang aku masih ingat la, ada lagi gigs yang aku dah tak dapat recall lagi dah):
- Live Jammed Gig 2005 (Bertempat di Dewan Suarah Bintulu dan masa ni aku belum masuk band ni lagi)
- Independent & Blasting Concept : Charity Showcase 2005 (Bertempat di Esplaned Bintulu)
- Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007 (Bertempat di Dewan Suarah. Busseg memenangi tempat pertama)
- Rock Out Gig 2007 (Anjuran Bara Entertainment dan bertempat di Esplaned Bintulu)
- Titan Empire's Rocktober Gig 2010 (Bertempat di Kemena Plaza Hotel)
Sekarang ni kami masih lagi dalam status hiatus. Mungkin disebabkan tuntuntan kerja serta komitmen dengan keluarga rasanya, termasuklah aku sebab kadang2 aku rasa macam tak larat nak main grindcore/death metal lagi. Tapi kadang2 tu adalah juga hati ini meronta2 nak jamming balik dengan rakan2 dari BUSSEG sebab feel bermain grindcore/death metal ni agak unik sedikit berbanding sub genre metal/hard rock yang lain. InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang, rasanya BUSSEG ni dapat diaktifkan kembali. Di bawah merupakan beberapa koleksi gambar kenangan bersama2 ahli kumpulan BUSSEG.
 |
Busseg setelah selesai membuat persembahan di Charity Gig 2005 |
 |
Dari Kiri: Amud (manager/krew hehe...), Nizam (vocals), Adi (guitar/backing vocals), Din (drummer) dan Lai (guitar) |
 |
Busseg setelah selesai membuat persembahan di Titan Empire's Rocktober Gig 2010 |
 |
Busseg berposing dengan gaya yang agak kurang "Metal" hehe |
 |
Busseg dalam gambar hitam putih |
 |
Kenangan Manis! Busseg menjadi juara semasa Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007 |
 |
Line-up klasik! Dari Kiri: Lester (bass), Adi Herman (guitar), Din (drums) dan Nizam (vocals). Gambar ini diambil selepas sesi jamming di Aveo Studio pada tahun 2006 (sekarang sudah tidak beroperasi lagi). |
BUSSEG (berbunyi boo-seg) bermaksud perut busung atau gemuk yang melampau akibat terkena buatan orang (black magic), ianya diambil daripada perkataan bahasa Melanau Baie. Pada entri akan datang aku...koleksi video persembahan live
BUSSEG! Nantikan...
That's the article: BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.
You are now reading the article BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu with link address https://nishingnishanga.blogspot.com/2012/11/busseg-band-death-metal-grindcore-dari.html
More Articles
Catat Ulasan