Radiodread : Jelmaan Semula "OK Computer" Dalam Bentuk Reggae Dan Ska!

Radiodread : Jelmaan Semula "OK Computer" Dalam Bentuk Reggae Dan Ska! - Hi friends, I hope you are all in good health nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title Radiodread : Jelmaan Semula "OK Computer" Dalam Bentuk Reggae Dan Ska!, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article infotainment, Article music review, Article reggae / ska / rocksteady / dancehall, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Radiodread : Jelmaan Semula "OK Computer" Dalam Bentuk Reggae Dan Ska!
link : Radiodread : Jelmaan Semula "OK Computer" Dalam Bentuk Reggae Dan Ska!

Read also


Radiodread : Jelmaan Semula "OK Computer" Dalam Bentuk Reggae Dan Ska!

Cover Album of Radiodread (2006)
 Let Down And Hanging Around, Crush Like A Bug In The Ground...

Apa akan berlaku jika sebuah album dari sebuah band alternative terulung dunia iaitu Radiohead diberi nafas baru dalam genre yang totally different tetapi diminati oleh kebanyakan peminat muzik seluruh dunia? Hasilnya ialah Radiodread. Pertama kali aku tahu pasal projek band ini ialah melalui seorang rakan blogger iaitu Kaboi Tanduk yang pernah beri komen di blog aku ini dan recommend aku untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang Radiodread.

Easy Star All-Stars (picture taken from the official website)
Radiodread merupakan sebuah album cover (rilisan tahun 2006) dari kelompok artis2 reggae dari label Easy Star All Stars yang berpengkalan di New York, USA. Ianya merupakan sebuah album yang merangkumi lagu2 dari album OK Computer (asalnya dari Radiohead dan merupakan album ketiga mereka, diriliskan pada tahun 1997) dan diberi nafas baru dengan interpretasi alunan muzik reggae dan ska. Apa yang menariknya pasal projek band ini ialah mereka sebelum ini pernah membuat taktik yang sama dalam me-reggae-kan album Pink Floyd yang berjudul Dark Side Of The Moon dan diberi judul Dub Side Of The Moon pada tahun 2003. Pada tahun 2009 pula, album The Beatles yang berjudul Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band pula diberi "rawatan" yang sama dan yang menarik mengenai ketiga2 album ini, sambutan dari pelbagai peminat (samada dari genre rock atau reggae) amat luar biasa dan menakjubkan.

Tidak ada satu pun lagu dari album OK Computer ini tidak di-reggae-kan, sehinggakan lagu berbentuk puisi iaitu "Fitter Happier" juga diolah dalam percakapan berslanga Jamaica. Pihak Radiohead juga menyukai album cover ini. Thome Yorke dan Jonny Greenwood memberi pujian yang tinggi pada album ini dan melabelkannya sebagai "truly astounding".

Radiodread (Easy Star All-Stars) - Karma Police (Live at Brighton, December 2006)

Terbaru Lebih lama