Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012) - Hi friends, I hope you are all in good health nishingnishanga, In the article you are reading this time with the title Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012), We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post
Article infotainment,
Article life,
Article movie review, what we write you can understand. ok, happy reading.
Title : Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012)
link : Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012)
That's the article: Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012)
You are now reading the article Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012) with link address https://nishingnishanga.blogspot.com/2012/12/movie-review-life-of-pi-released-on.html
Title : Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012)
link : Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012)
Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012)
Di atas merupakan 3 buah poster rasmi untuk filem "Life Of Pi"
Filem Life Of Pi ini merupakan filem ke 13 arahan Ang Lee di Hollywood. Kalau bercerita tentang mana2 filem Ang Lee, tentunya ianya berkisar tentang elemen kemanusiaan dan digauli dengan beberapa genre filem yang lain. Sebagai contoh, untuk filem Crouching Tiger, Hidden Dragon yang berkisar tentang kesetiaan, berpaling tadah serta semestinya ilmu persilatan kung fu, manakala Brokeback Mountain, lakonan legenda Hollywood Heath Ledger dan Jake Gyllenhaal lebih memberi penekanan tentang heavy drama yang melibatkan homoseksualiti dan lifestyle seorang koboi. Itu merupakan magis yang ada pada Ang Lee, seorang pengarah yang versatile dan mempunyai trademark beliau yang tersendiri.
Pada filem Life Of Pi ini juga tidak terkecuali di mana elemen ketuhanan, kemanusiaan serta the beauty of computer graphic juga diadun bersama menjadikan ianya di antara filem paling epic tahun ini, bagi pendapat aku. Walau bagaimanapun, filem ini masih dirasakan kurang sesuai untuk tontonan kanak2 mahupun remaja di bawah umur 13 tahun kerana ada beberapa babak yang rasanya masih agak skeptikal untuk diperbincangkan di dalam budaya negara kita iaitu berkenaan tentang isu perbandingan agama. Babak yang dimaksudkan ialah pada peringkat awal filem tersebut di mana watak utama iaitu Piscine Molitor Patel pada usia kanak-kanaknya sering mempersoalkan tentang beberapa agama seperti Hindu, Kristian dan Islam yang kemudiaanya mengakibatkan Pi (short form untuk nama beliau iaitu Piscine) menganuti ketiga2 agama tersebut serentak. Mungkin agak bodoh, akan tetapi begitulah kisah yang sama diceritakan pada novel asalnya (filem ini merupakan adaptasi dari novel yang mempunyai tajuk yang sama).
Kalau dilihat dari aspek visual effects pula, filem ini menggunakan khidmat sebuah syarikat produksi iaitu Rhythm & Hues Studios (R&H) yang berpengkalan di El Segundo, California. Teknik kesan khas 3D yang diterapkan dalam filem ini memang out of this world dan kadang2 ada beberapa scene dalam filem ini yang aku tak dapat nak pastikan samada ianya realiti atau fantasi, hasil CGI yang betul2 menakjubkan. Syarikat produksi ini juga pernah terlibat dalam pembikinan filem seperti Babe (1995), The Golden Compass (2008), The Hunger Games (2012) dan X Men : First Class (2011), just to name a few.
Di antara penyebab lain yang membuatkan aku tak senang duduk dan teruja menonton filem ini ialah lakonan watak Piscine Molito "Pi" Patel oleh Suraj Sharma, seorang pendatang baru dalam dunia lakonan baik di Hollywood mahupun Bollywood. Rasa2nya si Suraj ni memang kena melalui latihan secara intensif semasa pra-produksi filem ini, mana tidaknya, memang banyak scene yang crucial terutama yang melibatkan dia berenang di lautan dalam (yang ini memang ada bantuan CGI jugak la) dan babak pertarungan dengan Richard Parker, seekor harimau Bangel, di atas bot penyelemat.
Kesimpulannya, filem ini harus ditonton jika anda menyukai filem yang bergenre drama berat serta meminati kesan khas yang extravaganza. Di penghujung filem ini, apa yang dapat disimpulkan melalui kisah hidup Pi ialah, "believe in God, no matter what religion you are", satu mesej yang aku rasakan agak penting untuk disampaikan di dalam kehidupan yang serba moden kini. Aku kasi 3.5 out of 5 stars untuk filem ini. Di bawah merupakan sinopsis ringkas tentang filem Life of Pi (sumber dari IMDb):
A young man who survives a disaster at sea is hurtled into an epic journey of adventure and discovery. While cast away, he forms an unexpected connection with another survivor ... a fearsome Bengal tiger.
Official Trailer of Life Of Pi (HD)
That's the article: Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012)
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.
You are now reading the article Movie Review : Life Of Pi (Released on November 29, 2012) with link address https://nishingnishanga.blogspot.com/2012/12/movie-review-life-of-pi-released-on.html
Catat Ulasan